Followers

Monday, 28 May 2012

Hmm, Last Day? :')




Taktahu nak start macammana. I had an awesome day with boyprengg. Waaa! Malunyaa aku tak pernah tulis pasal boyprengg aku kat post. Gambar je yang terpampang. Hihi. Tutup muka larik laju-laju *modal si Pakrul :P

As korang semua tahu, lepasan SPM 2011 mostly dah mulakan perjalanan ke tempat pengajian diorang. Yeah kebanyakannya student Matrikulasi lah kan. Boyprengg aku daftar harini. Sedih sesangat aku. Tsk tsk. Saboo je lah.


Meet my beloved best friend, Dila. Kitorang tak janji pun nak jupa. TERjumpa pulokss. Hepi gila aku dah sebulan lebih tak jumpa dia. Last keluar dengan dia masa Karnival Jom Masuk U tu je. Yeahh kawan aku memang cantik kan kan? Aku? Huduh?? Sampai hati korang cakap aku huduhh. Tsk tsk T__T
For you people's information, kawan aku yang comey lote ini akan menyambung pelajarannya bersama kakak aku, Liyana Izzati kat UiTM Merbok, Kedah in Foundation Lawaaa


To Faqih Johari :
Ngaji molekss laa, blablabla..... *mana boleh tulis kan apa yang aku pesan. Malu weii :P

Aku tak mampu lagi untuk meneruskan. Perasaan malu sangat menebal dalam jiwa aku. Jom cakap pasal benda lain. Pfffffffffttttttttttttt!

Aku pun ada seminggu lagi untuk have fun dan online sesuka hati. Bukan nak cakap nanti takleh online tapi jarang laa kot sebab ada minggu siswa tu kan. Ahakss. Siswi dah aku nanti. So korang dah takleh panggil aku budak lagi. Tukar nama laa. Siswi Ardini ke Sis Ardini lagi sesuai eh?? Huahua. Teruk bebeno nama tuh. Okay wateber. Aku mengarut, mencarut melalut sudahh. Aku risau dengan rutin hidup aku yang tunggang langgang. Tertukar siang dan malam. Masa tido aku, berjaga. Masa yang kena bangun, aku tido. Ni nasib baik kena keje harini yang menyebabkan aku bangun awal. Haha. Sorry aku teruk bab-bab bangun pagi ni. Tadi pun semantara tunggu ummi aku and kakak aku siap, aku sempat lagi tido. Lama gila tunggu diorang. Haihh payahlaa hidup dengan top-top model ni --"

Aku ada masalah ni. Aku tahulah aku ni bukan alim kan. Tapi baik bertanya daripada aku buat salah. Adalah sorang manusia ni jawab soalan yang aku tanya dengan menggunakan ayat perasan bagus. OMG! Aku sungguh laa tak boleh bla dengan orang macamni. Tobat aku takleh kawan dengan orang macamni. Dah orang tanya jawab laa elok-elok kan. Aku bukannya bodoh sangat taktahu kesesuaian sesuatu perkara tu kan. Aku tanya je. Was-was. Lepastu padan muka dia kena hentam ngn sorang budak tu. Aku tak cakap pape. Malas aku nak layanggg. Tu laa, lain kali jangan perasan diri tu bagus sangat tau tau. Tu baru kat fesbuk. Taktahu laa kalau jumpa nanti. Arghhh!


Ohh lupa puloks to kawan-kawan aku dan semua orang yang dah nak register, good luck tau. Tak kira laa kat mana pun korang dapat, buat yang terbaik. Cewahh! Aku nasihat orang, aku pun tak tentu lagi betulnya kan. Takpelah kita sama-sama mengingatkan okay. Betulkan aku kalau aku salah :)

Korang perasan tak aku dah tukar header? Hihi. Lawa ke tak? Entah kenapa dah boring guna header lama tuh. Tetibe rasa kecik je. Takpelah nanti aku kasi besarkan sama benda itu. Aku berPhotoshop dalam keadaan mengantuk semalam sebab letih sangat. 
Dalam keadaan mengantuk itu, sempat lagi online. Bukak facebokk. baca notifications. Rupanya aku diseru oleh Geng Blogger Sengal a.k.a GBS. Tetibe tak ngantuk. Hebakk laa penangan blogger-blogger ni.

Wa takdak modal dah nak tulis apa ni. Kbye~

p/s : Korang rasa aku boleh manage tak kalau aku teruskan bisnes aku time belajar? Any opinion, people? :)




Thanks for reading this entry and feel free to comment! ^__^

Saturday, 26 May 2012

Terharu sob sob :')




Tadi aku disuprisekan dengan entri yang tak pernah aku harapkan mahupun impikan selama aku berblogging. Sebak rasa di dada. Touching sesangat. Takyah tipulaa korang tak tacing-tacing kan kalau tetibe ada orang buat entri pasal kau. Kembang semangkuk aku tadi bak kata Puteri Nurul Ain. Aku rasa bukan semangkuk ni. Bermangkuk-mangkuk. Sapelah nak tolong habiskan segala mangkuk ni. Mangkuk hayun, mangkuk jamban toilet. Opss! Hahahha. *Warning. Sape-sape yang tengah makan tu toksah baca lagilaa. Kang termuntah pulak. Aku takkan bertanggungjawab. Kita takde sign perjanjian pape kan kan? :D

Kalau diikutkan, aku rasa baru a couple of months aku kenal akak lawa dan vogue dan cantik dan comel dan cute. Aku lupa sape yang komen blog sape dulu tapi aku ingatlaa muka dia masa aku approve friend request from dia. Siryes dia lawa wa cakap lu. But sorry she's taken already. I repeat, TAKEN :)


Sila visit beliau disini :)
Macammana dia boleh tulis pasal aku? Aku pun taktahu tapi yang aku tahu, masa aku like dia punya post, dia bagitau aku yang dia ada suprise untuk aku. Wahh aku pun apa lagi. Nervous tahap gaban laa kan dicampur gaul dan diuli dengan sebaik mungkin sehinggalah menjadi roti canai. *Errkk! dengan perasaan eksaited menantikan apakah kejutan yang aku kan dapat nanti.



Tunggu punya tunggu, aku pun dapat apa suprise tuhh. Lalalala~ Hepinyoo sayooo :D

Kalau korang nak baca, sila kelikkkk di ---> SINI tanpa rasa malu-malu mahupun ragu-ragu. Takdak perangkap nuffnang mahupun churpchurp yaa. You just don't worry. Aku tak gilakan duit walaupun aku orang bisnes. Hihi :)


Kau cakap kat aku sapa lagi nak cakap aku awesome sebegini rupa. Kau cakap kat aku sekarang! Kau cakapp!!!! Hahaha. Okay maap aku semakin meroyan.


Sila tengok kakak ini. Sangat cantik, kurus. Adore gilaa kat dia. Bila laa aku nak sampai tahap ni. Haihh --"

Semua gambar ni aku cilok dalam Facebook Kak Nana tanpa kebenaran. Hihi. Lepastu sukati aku je combine. Hahaha. Ehh jangan salah anggap, aku dah inform tau cuma dia je tak komengg lagi. hahahahaha. Nasib baik kak Nana ni seorang yang baik hati :D


See see. Haven't I told you she's very pretty like Lisa Surihani? Aku taktahu mata korang nampak ke tak persamaan tu tapi aku nampak. Lebih kurang je kan. "Kak Nana, kembar ke dengan Lisa tuhh?" :)

Ohh jangan lupa follow akak ni okay. Ini wajib! Hhaha. Taklah. Tiada paksaan >,<

p/s : Aku nak keluar esok. Hapdet lambat sikit kot. Haha. Ik cakap kalau aku ada husband, tak makan laa husband aku sebab aku hapdet hari-hari. Entahlaa kenapa aku rasa tak lengkap hidup aku tanpa blogging. Alaa lagipun nanti aku busy, korang rindu aku pulak kangg. So baca je lahh time aku tak busy ni Cehh! --"

p/s : Komenglaahhhhh! Btw, aku tak kesah follower aku tak bertambah. Aku hepi bila entriku dikomengg oleh kalian. Thanks korang sebab sudi komengg kat sini :)



Thanks for reading this entry and feel free to comment! ^__^